Wednesday, June 20, 2012

Cherating & Kuantan Pahang




Cerita percutian Percutian ke Cherating ni … dekat sebulan lebih planning. Jadi sebelum naik cuti sekolah adalah bulan yang terbaik untuk bercuti, … kita layan PERCUTIAN KE CHERATING! short trip.

10:00am : Mulakan perjalanan ke Cherating
2.00pm : Sesat mencari resort tempat menginapan kami..
2.30pm : Sampai kat Impiana Resort Cherating (Check-in/Rehat/Mandi/dll)

kami ambik bilik untuk 4 orang dengan pemandangan laut. cost 3h 2m ( RM 650 termasuk bfs 4 orang)
8.00pm : Selepas solat magrib, Keluar beli jajan/makanan dan jalan2 cari makan kat sekitar pasar malam. jaraknya 5km ke pekan Cherating.. huhu Harga makan kat sini agak mahal juga.. murah lagi kat KL, air suam pun nak kira haisshh.
9.30pm : lepak kat bilik, kebetulan bilik ada living hall, makan apa yang kitaorang tapau tadi kat paso malam siap beli durian lagi huhu meriah gitu. si ibu cari Wifi katanya good connection… tapi hampeh.. tak dapat langsung… kata org front desk tu kadang2 connection ok kadang2 tak ok… amacam la resort 4bintang cam ni pun tak mampu nak baiki mutu Wifinya. bosan menunggu, kami tido awal coz esok nak jalan sure penat.
keesokan pagi saya mendapatkan info menarik tentang kawasan berhampiran cherating, kuantan.jarak antara kedua-dua tempat ni xde lah jauh sangat dalam 1 jam perjalanan menaiki kereta.

 




 
Ke esokannya kami pergi Pantai Teluk Cempedak.

Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang popular di Negeri Pahang. Terletak hanya 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC yang bermaksud Teluk Cempedak merupakan tempat tumpuan dihujung minggu. Pantainya yang memutih, bersih dan dikelilingi dengan batu-batuan ,rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup bayu.
File:Catching crabs.jpgimage:cempedak beach castle.jpg
Permandangan dipantai Teluk Cempedak diwaktu petang sangat menarik & ramai pengunjung terutamanya pada hari sabtu, ahad & cuti2 umum. Banyak kemudahan lain yang terdapat disini seperti tandas, bilik mandi, surau, gerai makanan & cenderamata dan pakaian,taman permainan kanak-kanak, restoran, KFC, Mcd, laluan riadah dan jungle Tracking. kami duduk untuk melukis potret.
waktu malam minggu kebetulan memang happening coz ramai anak2 muda, famili yang bawak anak2 beriadah & amik angin malam kat sini...kalau jalan malam sejuk sket x panas. lg suka waktu malam dari waktu siang!! nak2 kalo time bulan penuh. malam kami tiba tu bintang2 banyak kat langit!! relax & tenang jer rasa! hurmm...bila dah melepak perut apa lagi lapo.

saya dan keluarga sangat suka seafood jadi mana2 kami pergi mesti cuba makanan laut mereka.berdasarkan servay yang telah dilakukan  dpd penduduk tempatan. ada satu tempat yang dinamakan Tanjung Lumpur Ikan bakar. memang terbaekk lah..lagi2 ikan bakar sambal petai!

image:kuantan ikan bakar.jpgimage:ikan bakar.jpg

hari terakhir kami sempat singgah di kemaman.nak makan satar, keropok lekor dan macam2 adoo.jadi sebelum berjalan pastikan kenderaan ada telah di service dengan sempurna supaya xde masalah dalam perjalanan yang boleh membahayakan ahli keluarga dan menambah kos percutian.






0 comments:

Post a Comment