Wednesday, February 22, 2012

Pentingnya Guna Web Self Check Airasia !

Sekarang ni Malaysia kecoh dengan web self-chek in yang diwar2kan oleh Airasia. Semenjak Orang kuat ada share dalam MAS banyak perubahan yang dia dah buat.

Sekarang ni saya nak cerita pasal AirAsia sebab dia yang paling kerap menawarkan tambang murah dan dialah yang paling orang ramai suka naik. Sila buat self check in di rumah sebelum menaiki AirAsia. Kalo tiada printer atau komputer atau internet di rumah sila pergi ke cybercafe atau pergi rumah jiran atau rumah orang yang tidak dikenali (kalau tak malu) untuk membuat self check in.

Apa ke binatang self check in tu? self check in maksudnya buat boarding pass@tiket dari rumah. dan bila sampai airport terus masuk. kalau ada beg, cuma masukkan beg guna kaunter. tak payah suruh mereka buat tiket untuk anda.

Kenapa? Sebab AirAsia sedang mengganas sekarang. Mereka sangat strict dan cuba mengaut keuntungan atas kelewatan kita. Sebelum ni mereka agak bermurah hati tetapi sekarang agak kureeng sket. Mungkin polisi mereka agar penumpang check in 1 jam sebelum penerbangan (saya tak pernah baca). dan jika lewat dari 1jam walaupun 10 min mereka tidak benarkan kita buat boarding pass. tak kiralah korang nak merayu atau menangis sampai kering air mata
sekali pun…(boo layan)

Apa yang berlaku ?.. Flight my fwend
pukul 1350 dan aku sampai di LCCT pukul 1305. terus ke kiosk check in tapi tak boleh nak buat. dan beratur selama 10 minit di kaunter untuk mendapatkan boarding pass dan dia telah kata gate dah tutup dan suruh aku pergi kaunter 16. Pergi ke kaunter 16 ingatkan membantu. rupanya dia suruh saya beli tiket baru untuk next flight yang berharga RM340. Yang buat saya marah ialah sebab kapal terbang kita ada lagi dan orang belum masuk pun lagi tapi dia tak bagi kita masuk.sungguh melampau!

Apa korang rasa jika kena macam ni? Nasib baik hari tu ada duit lebih. terpaksalah saya beli memandangkan keesokan harinya saya bekerja. Orang yang beratur belakang saya pun kebanyakkannya satu flight dengan saya dan dipaksa untuk beli tiket baru. saya seorang takpe. cuba bayangkan kalau korang datang satu rombongan or satu family ada 12 orang..nak beli tiket baru ke?Asal harga O seat jadi ribu2. Kalau student yang ngam2 ada duit kocek 50 hengget macam mana?

Oleh itu, sila buat self check in sebelum menaiki AirAsia yee. mungkin modal untuk ke cyber cafe cuma rm5 termasuk print. tapi itu lebih menguntungkan daripada rugi Rm340 untuk benda mengarut macam ni. Kalau yang tak tau macam nak buat tu, sila belajar kerana sangat senang nak buat self check in. buka website airasia cari perkataan ‘self check in’ di bahagian bawah kiri. pastu masukkan booking number dan masukkan arah tujuan kita beserta waktu flight. kemudian tekan continue, continue sampai print.

Sekarang ni self check in rasanya boleh buat sejurus selepas kita beli tiket..Self check in maksudnya kita print boardingpass kita kat rumah siap2..nanti sampai LCCT tak payah gi kaunter (unless ada check in beg) terus je masuk ke balai pelepasan..kalo ada beg, kena hantar masuk 45 minit sebelum..


- cara lain adalah buat di 'kiosk' yg macam komputer tu, pastu dia terus print boadingpass tu..yg tu kena 1 jam sebelum flight. Hope anda lebih perihatin selepas ini kalau tak duit melayang. Baik2 nak bercuti or honeymoon, buget shooping pun lari daa…

0 comments:

Post a Comment