Showing posts with label Tanah Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Tanah Tinggi. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

Ke Cameron Highlands, Malaysia



Coretan Ke Cameron Highlands
Percutian ke Cameron ni saja buat kerja khayal hehe..Kami bertolak dari Melaka jam 1 pagi. Dari Persimpangan Nilai melalui KLIA,-IPOH, Singgah makan/rehat & tukar pemandu di hentian rehat Tapah. Maklumlah waktu2 begini mata sudah mulai mengantuk dan boleh membahayakan pemanduan(cewah).Ramai juga pemandu yang berhenti untuk berehat dan menjamu selera.

Jam menunjukkan pukul 4 pagi.Lebih kurang 1 jam, kami meneruskan perjalanan semula. Kami mengambil keputusan melalui Tol Simpang Pulai kerana jalan nya yang lebih besar dan selamat.
Pengunjung juga boleh ke sini dari Tapah, Perak selain Jalan dari Simpang Pulai. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.

Kami tiba di puncak (di hadapan Hotel Equtorial) jam 7pagi.Begitu nyaman sekali. (Sejuk Lembab) terasa kulit muka ni muda pulak hehe..Udaranya tidak seperti di Genting Higland yang sejuk kering. Pada ketinggian yang kami tak bape pasti nie suasana kedinginan sudah dapat di rasai. Dengan berseluar pendek, T-shift dan bersandal kami masih rasa ok lagi....huhu (padahal member dah menggigil hehe)

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba.Di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.

Hotel Equatorial (tempat kami menginap)
Equatorial Cameron Highlands adalah satu-satunya resort yang terletak di titik tertinggi bersebelahan dengan pasar sayur dan Kebun strawberry.

The Smokehouse Hotel & Restaurant
Rumah asap ini adalah salah satu “trademark’ popular di Cameron Highlands.

Makanan : Steamboat merupakan hidangan wajib kepada setiap pelancong yang datang ke sini kerana cuaca persekitaran yang sejuk serta sayuran-sayuran segar.

Pasar malam : Jumaat, Sabtu dan Ahad (4.30 petang dah ada)

Perrghh..besok pagi nya bila kami bangun pagi nak mandi...punya la sejukkk...apa lagi guna heater la..sampai rasa macam takde jer air panas dia...sejuk tahap macam kat switzerland la plak... apa lagi..terjah la..semua yang ada kat cameron nie.....tengok kuar wap jugak la kat mulut hahaha...Sebelah Hotel Equatorial tu ada ladang strawberi 'self-plucking' aku pun singgah jap la..yang paling best dapat makan JAGUNG REBUS kat paso..best2.

Jangan lupa singgah di Sungei Palas Tea Centre yang terletak di Ladang Boh Sungei Palas. Tempat ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9 pagi hingga jam 4.30 petang. Kunjungan kami ke sini memberi peluang mengetahui bagaimana teh diproses sebelum dipasarkan. Sebelum bertolak pulang, rakamkan memori indah untuk dibawa pulang nanti.
Ambillah masa berehat dengan suasana nyaman dan tenang.

Sekian….

Genting Highland, Malaysia


Coretan Ke Genting Highland

Pilihan boleh dibuat untuk membawa kenderaan sendiri mahupun kereta kabel sebagai kendaraan menuju Genting Highland. Di atas kereta kabel ini kita boleh menyaksikan hutan yang begitu menyamankan dapat dilihat di bawahnya yang cukup lebal. Kereta ini berada sekitar 90 meter dari permukaan tanah.


Kunjungan ke Genting Highlands ini merupakan kali yang ke3. Sebelum ini saya pernah ke lokasi sama kira-kira dua tahun yang lalu tapi sekadar ‘balik hari’. Kali ini persiapan kami ringkas, sekadar menyediakan 2 helai t-shirt untuk bermalam tanpa sebarang baju khas bagi memanaskan badan . Berdasarkan pengalaman lalu, saya yakin saya tidak memerlukan sebarang jaket tebal.


Kami telah membuat tempahan awal melalui promosi yang ditawarkan. Memang murah hanya RM 18 per bilik.Bilik-bilik hotel di sini tidak dilengkapi dengan penghawa dingin (air-cond.) bagaimanpun hawanya tetap juga sejuk hingga ke tulang. Selepas kira-kira dua jam berehat dalam bilik, kami, keluar semula untuk menuju ke Taman Tema Luar (outdoor theme park). Dengan bayaran masuk RM28 seorang (termasuk 30% diskaun kepada penghuni hotel) kami bebas memilih segala jenis permainan dengan percuma. Kepada meraka yang inginkan cabaran, pengunjung boleh mencuba Corkscrew (Rollercoaster), Flying Coaster ataupun Super Toboggan. Malah pengunjung juga boleh mencuba Space Shot kalau lebih berani.


Banyak permainan yang pernah saya cuba jadi memandangkan bulan ni MEGA SALE kami mengambil keputusan untuk SHOPPING.Memang terdapat perbezaan harga terutama bagi barangan berjenama dan paling ketara ialah keluaran lebih terkini berbanding dibawah.

Permainan (indoor) yang terdapat disini kebanyakannya merupakan permainan sekeluarga. Agak maembosankan, lembap dan semuanya dapat ditemui di Taman Tema Luar. Bagaimanapun, pengujung pasti tidak akan sunyi sekiranya sudi mengeluarkan sedikit wang untuk masuk ke tempat-tempat hiburan ringan yang disediakan. Banyak jenis hiburan yang boleh dipilih samada yang menyeramkan, mendebarkan mahupun yang menggembirakan.


Untuk pengunjung yang tidak pernah berpeluang merasai suasana salji di Eropah atau di Timur Asia, anda boleh rasakannya di Genting Highlands. Snow World memberikan anda pengalaman itu di dalam sebuah ruang tertutup bersuhu 6 dajah celsius dibawah paras beku. Nikmatilah pengalaman dimana anda akan berasa lebih sejuk dari ais. Anda juga boleh memilih untuk terbang di udara dengan bayaran RM12.00 seorang. Kepada pengunjung yang bukan beragama Islam, anda mendapat kelonggaran untuk berjudi di kasino yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara.


Sebagai panduan pada kepada mereka yang bercadang bercuti di Genting Highlands dan memilih First World Hotel, Theme Park Hotel, kadar sewa di sana bernilai RM150 per bilik. (kalau booking awal anda boleh dapat harga serendah RM 38.00 untuk dua orang termasuk sarapan pagi..berbaloi kan..) tetapi bagi keluarga yang mempunyai buget yang sederhana, harga makanan yang ditawarkan disini agak mahal sedikit memandangkan kawasan ini terletak ditempat tinggi.