Saturday, May 15, 2010

Genting Highland, Malaysia


Coretan Ke Genting Highland

Pilihan boleh dibuat untuk membawa kenderaan sendiri mahupun kereta kabel sebagai kendaraan menuju Genting Highland. Di atas kereta kabel ini kita boleh menyaksikan hutan yang begitu menyamankan dapat dilihat di bawahnya yang cukup lebal. Kereta ini berada sekitar 90 meter dari permukaan tanah.


Kunjungan ke Genting Highlands ini merupakan kali yang ke3. Sebelum ini saya pernah ke lokasi sama kira-kira dua tahun yang lalu tapi sekadar ‘balik hari’. Kali ini persiapan kami ringkas, sekadar menyediakan 2 helai t-shirt untuk bermalam tanpa sebarang baju khas bagi memanaskan badan . Berdasarkan pengalaman lalu, saya yakin saya tidak memerlukan sebarang jaket tebal.


Kami telah membuat tempahan awal melalui promosi yang ditawarkan. Memang murah hanya RM 18 per bilik.Bilik-bilik hotel di sini tidak dilengkapi dengan penghawa dingin (air-cond.) bagaimanpun hawanya tetap juga sejuk hingga ke tulang. Selepas kira-kira dua jam berehat dalam bilik, kami, keluar semula untuk menuju ke Taman Tema Luar (outdoor theme park). Dengan bayaran masuk RM28 seorang (termasuk 30% diskaun kepada penghuni hotel) kami bebas memilih segala jenis permainan dengan percuma. Kepada meraka yang inginkan cabaran, pengunjung boleh mencuba Corkscrew (Rollercoaster), Flying Coaster ataupun Super Toboggan. Malah pengunjung juga boleh mencuba Space Shot kalau lebih berani.


Banyak permainan yang pernah saya cuba jadi memandangkan bulan ni MEGA SALE kami mengambil keputusan untuk SHOPPING.Memang terdapat perbezaan harga terutama bagi barangan berjenama dan paling ketara ialah keluaran lebih terkini berbanding dibawah.

Permainan (indoor) yang terdapat disini kebanyakannya merupakan permainan sekeluarga. Agak maembosankan, lembap dan semuanya dapat ditemui di Taman Tema Luar. Bagaimanapun, pengujung pasti tidak akan sunyi sekiranya sudi mengeluarkan sedikit wang untuk masuk ke tempat-tempat hiburan ringan yang disediakan. Banyak jenis hiburan yang boleh dipilih samada yang menyeramkan, mendebarkan mahupun yang menggembirakan.


Untuk pengunjung yang tidak pernah berpeluang merasai suasana salji di Eropah atau di Timur Asia, anda boleh rasakannya di Genting Highlands. Snow World memberikan anda pengalaman itu di dalam sebuah ruang tertutup bersuhu 6 dajah celsius dibawah paras beku. Nikmatilah pengalaman dimana anda akan berasa lebih sejuk dari ais. Anda juga boleh memilih untuk terbang di udara dengan bayaran RM12.00 seorang. Kepada pengunjung yang bukan beragama Islam, anda mendapat kelonggaran untuk berjudi di kasino yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara.


Sebagai panduan pada kepada mereka yang bercadang bercuti di Genting Highlands dan memilih First World Hotel, Theme Park Hotel, kadar sewa di sana bernilai RM150 per bilik. (kalau booking awal anda boleh dapat harga serendah RM 38.00 untuk dua orang termasuk sarapan pagi..berbaloi kan..) tetapi bagi keluarga yang mempunyai buget yang sederhana, harga makanan yang ditawarkan disini agak mahal sedikit memandangkan kawasan ini terletak ditempat tinggi.

3 comments:

Unknown said...

sis, kat mana hotel y harganya murah? mcm mana nak book pakej nie? cos i nak book 2 bln dr sekrg..

Unknown said...

pakej nie masih leh gune untuk 2011 ker? thn y akan booking mcm mane?

Bantal Pelok said...

u all boleh cuba visit di web sini : http://www.rwgenting.com/en/promotions/2008/888deals/888deals_hc/index.htm

Post a Comment