Tuesday, May 18, 2010

Ke Pulau Perhentian, Trengganu














Salam, sahabat semua…adakah sedang berfikir untuk bercuti dan berehat jauh dari kesibukan kota dan kebisingan leteran boss kalian hehe..jom bercuti ke Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Masa ni kami pergi 8 orang. Meriah gitu.pengalaman pertama pergi ramai2.Memang tidak dinafikan Perhentian merupakan antara pulau tercantik di pantai timur. Pantai yang putih bersih mengangkat pulau ini sebagai pulau yang punyai pantai antara tercantik di Malaysia yang jauh dari pencemaran. Cantik sangat2. Air pun jernih tak yah nak cakap, nampak ikan bermain di dalam air.

Pulau perhentian terbahagi kepada dua iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.Kalau nak pergi, anda boleh mengambil bot laju atau bot pelancong di Jeti Kuala Besut, Besut. Pakej 3hari 2 malam (RM 150 seorang) memang sempoi.Syukur sangat..perjalanan kami ke Pulau Perhentian dipermudahkan.masa ni nak gi naik flight xde tambang murah lagi..so kenalah naik bas. Kami berkumpul di Hentian Jalan Duta,KL. Masing2 kelaparan kerana kelang kabut ada yang balik dari kerja terus jek dan kammi bukan dari kawasan yang sama.mujur ada roti sebagai pengalas perut.Sepanjang perjalanan memang bantai tido..hehe.

Tiba di hentian bas Kuala Trengganu jam 6 pagi.kami terus mendapatkan 2 buah teksi untuk membawa kami ke Jeti di Kuala Besut kira-kira 30 minit perjalanan. Perjalanan ke Jeti melewati kawasan pedalaman dan suasana di sekitar amat berbeza dengan arus pemodenan yang terdapat di Bandaraya. Sama seperti Terengganu, Kelantan adalah negeri yang kuat pengaruh Islamnya tetapi tiada apa-apa yang perlu dikhuatirkan mengenai negeri ini. Kelihatan kanak-kanak sekolah keluar berpakaian kemas bertudung, ayam dan kambing berkeliaran bebas di bawah pohon kelapa, cili yang dijemur di tepi jalan dan buah tembikai yang merah dipotong-potong menarik perhatian ramai di pondok menjual buah-buahan di tepi jalan...sungguh relax.

Tidak lama kemudian, kami tiba di jeti kami terus breakfast kebetulan ada gerai yang dah bukak haa barulah bersemangat untuk menikmati percutian kami tanpa sebarang kerisauan..cantikkkk!!Jam 7.40 pagi Kelihatan penumpang mula memenuhi bot dan jaket keselamatan di pakaikan untuk kanak-kanak. Kami pun berada di dalam bot yang bergerak laju membelah lautan. Perjalanan kami melalui Pulau Perhentian Besar – pulau yang lebih besar dan lebih sunyi dari Perhentian Kecil.Kami berhenti sebentar di jeti Flora Bay lantas turun di sini dan disambut pemandangan pantai putih yang terhampar indah.




Kami menuju ke pusat menyelam Alu Alu iaitu nama tempatan bagi ikan ‘barracuda’lebih kurang la...hehe. Terdapat banyak pusat menyelam di pulau ini, tetapi kami menyenangi layanan yang mesra di Alu Alu serta kesungguhan mereka berinteraksi dengan kami sebagai pelawat luar yang ‘dialu-alukan’ di pulau mereka. Pusat menyelam skuba di sini boleh mengaturkan tempat kediaman untuk pelawat. Pelawat juga boleh berjalan di sepanjang pantai dan memilih di antara chalet tepi pantai ataupun bilik hotel yang banyak terdapat di sini. Selaman skuba di sini juga sangat teratur, kerap diadakan serta murah. Satu lagi kelebihan menyelam di sini ialah hampir kesemua 30 tapak selaman skuba di sini terletak berhampiran dengan pulau dan tidak banyak masa terbuang dalam perjalanan menuju ke sana. Tidak ramai penyelam skuba di sini dan anda boleh melakukannya dengan bebas. Perjalanan bot diteruskan ke Bubu Resort hanya kira-kira 50 meter dari pantai. Lokasi strategiknya membuatkan ia menjadi pilihan ramai pelancong tempatan dan luar negara. Ia menyediakan bilik menghadap pantai lengkap dengan balkoni, hawa dingin dan pemanas air.

Bagaimanapun, jangan terkejut apabila mendapati bilik penginapan anda tidak mempunyai kemudahan TV kerana ia memang tidak diperlukan supaya tetamu dapat berehat sepenuhnya. Malah, ia menyediakan bilik khas berkonsep Bali untuk pasangan yang berbulan madu. Bukan setakat seisi keluarga, tetapi persekitaran pulau ini dan Bubu Resort sesuai bagi pasangan baru berkahwin, pelancong ‘backpackers’ dan golongan muda.Dalam duk berborak sempat Abang yang bawak bot tu cerita kat saya sejarah mistik yang terjadi dipulau ni.begini ceritanya, zaman dahulu, di Pulau Perhentian tinggal seekor naga yang sangat besar. Naga itu dikenali dengan panggilan Naga Pulau Berjuang. Ia tinggal di satu tempat yang sekarang ini dikenali dengan Tanjung Basi, Pulau Perhentian Besar. Pada satu ketika, Naga Pulau Berjuang turun ke laut kerana berjuang menentang seekor naga lain yang cuba mengganas dan menenggelamkan Pulau Perhentian. Tempat naga itu turun meninggalkan kesan di atas bukit Pulau Perhentian. Jalan yang dilalui oleh naga itu sekarang ini dikenali dengan nama Jalan Naga. Satu perkara lagi yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini. Tidak ada ular bisa tinggal di atas pulau ini. Semua ular yang tinggal di pulau ini tidak mempunyai bisa. Dari apa yang diperkatakan, yang ada di atas pulau ini hanyalah ular sawa sahaja. Mengikut cerita, ular bisa tidak boleh tinggal di atas pulau ini kerana terdapatnya keladi lekir dan akar cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular. Walau ular itu bisa semacam manapun, ianya akan menjadi tawar kerana adanya dua jenis tumbuhan itu. Oleh kerana itulah, semua ular bisa tidak berani tinggal di atas Pulau Perhentian. Akar cina putih mendapat nama kerana, ianya digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang Cina untuk membuat tali sauh dan tali kapal. Akar cina putih ini adalah sejenis tumbuhan yang menjalar dan kukuh sebagai tali. Oleh kerana ianya sering digunakan oleh tongkang-tongkang dan kapal-kapal dagang cina, lalu ianya diberi nama sebagai akar cina putih. Sebagaimana yang telah diceritakan, Pulau Perhentian memang bebas dari ular yang berbisa. Begitulah ceritanya..emm sesuatu yang tidak harus dilepaskan apabila di sana ialah menerokai keajaiban dunia dasar lautnya. Oleh itu, aktiviti snorkeling wajib kami buat. Keindahan terumbu karang dan ikan berwarna-warni sememangnya menakjubkan. Jika bernasib baik, anda dapat melihat penyu dan ikan pari…grrrr.

Bagi yang mahukan sesuatu yang lebih mencabar, anda boleh melakukan aktiviti selam skuba. Resort ni menyediakan pakej lesen selam skuba yang dikendalikan Professional Association of Diving Instructors (PADI) dengan kadar berpatutan. Masa kitaorang lepak tepi pantai tu terjumpalah beberapa orag artis tempatan yang mengikuti program ni. Pengalaman diperoleh pasti menarik kerana di sekitar Pulau Perhentian Kecil ada lebih 20 lokasi selam skuba yang diiktiraf antara terbaik di dunia…wow!!

Kami juga berkongsi bermain bola tampar pantai, dan melihat matahari terbenam. Disini terdapat dua restoran berkonsep buffet dan ala carte yang dibuka mulai 7.30 pagi hingga 11 malam setiap hari. Ia menyediakan hidangan tempatan, Barat, Cina dan makanan laut. Kami juga menyediakan sebuah bar di tepi pantai iaitu Island Bar yang dibuka mulai 8 pagi hingga 1 pagi setiap hari bagi tetamu yang ingin berbual sambil minum bersama rakan

Aktiviti malam hari kami tidak sunyi kerana selain berhibur di Island Bar.Jika mahukan kedamaian, anda boleh duduk di tepi pantai sambil ‘dihiburkan’ dengan alunan ombak yang mengasyikkan. Kami telah berpakat dengan abang bot tadi untuk berkaraoke di pulau besar…layan beb.Mengikut Pengurus resort ini, mereka tidak menerima kunjungan tetamu terlalu ramai pada satu-satu masa kerana mereka mahu pengunjung mendapat kepuasan maksimum dan menikmati percutian tanpa diganggu dan berkualiti.Pada malam terakhir kami disajikan hidangan BBQ yang fresh.

Apa yang pasti, peluang menginap 2 malam di pulau perhentian ini menjanjikan kepuasan dan kedamaian yang tidak terhingga buat kami. Bagaimanapun, aktiviti pelancongan di Pulau Perhentian selalunya ditutup mulai Oktober hingga Disember setiap tahun berikutan musim tengkujuh.

Ke Pulau Pangkor, Perak



Kali ni kami ke Pulau Pangkor pula.walaupun sekejap 3hari 2 malam (standard vacation la kan) sib baik cooti lepas hehe... Kami naik bas jek (malas nak drive) daripada Melaka.jauh juga perjalanan ke pangkor ni ada la dalam 6 jam.emm..Sebelum nak ke pangkor, kami sampai ke lumut dahulu, and then naik ferry ke pangkor, tapi kalau nak naik kapal terbang pon boleh, terus je sampai Pangkor Airport, tapi kami tak berani lak nak naik kapal terbang kecik tu…gayat sehh.

Sesampainye di jetti Pangkor, kami di kerumuni pemandu2 teksi, tapi diorang tak bawak teksi, diorang bawak van...kaler pink lagi..ngee. Kat situ ada satu papan tanda yang menyenaraikan harga2 ke tempat masing2. Untuk ke hotel kami (Coral Bay Resort) kat Pasir Bogak je, (3 km je dari Jetty Lumut) dengan bayaran RM4 jek. Setelah aktiviti masuk bilik dan rehat..kami bercadang nak round pulau apa lagi usha moto sewa dengan bayaran RM 10 untuk sehari.

.

Lawatan bermula dengan melawat Kota Belanda, sangat menarik..peninggalan sejarah.Destinasi kedua ialah Small Great Wall Of China, dimana replika tembok besar cina berada disini kiranya sejarah negara cina berada di Malaysia. Kami kemudian ke kilang barangan laut seperti sotong , ikan bilis..macam2 ada kira memborong sakan sedap wooo makan sate ikan...sotong kering hehe. setelah puas membeli belah maka kami balik ke hotel untuk berehat memandangkan hari hampir senja.

Malam tu kami makan kat Pangkor foodcourt (depan hotel kami je) semua2 ni walking distance, banyak pilihan makanan kat situ daripada yang goreng2 sampai lah ikan baker & makanan laut.sambil2 terkedek2 jalan tu sempat la cuci mata tengok berbaris2 basikal untuk disewa (Basikal RM5 per day, skuter RM25 per day)...and kedai2 souvenir/foodstuff pun banyak berderet2 kat situ.Lagi satu pemandangan sangat menarik dapat melihat kapal-kapal punya lampu yang berlabuh dan kapal-kapal dagang dari luar negara.

Hari terakhir,lepas jalan2 kat pekan, kami pun gerak ke jetty Pangkor, kali ni naik ferry open-air ala2 French tu, seronok! Tapi 15 minit jer dah sampai Lumut balik dah. Secara keseluruhan, amat best sebab pantai2 di Pangkor amat bersih so puas hati la, walopun dah jadi itam legam da ni. And satu lagi tip kalau nak beli makanan2 kering (ikan kerin, sate ikan etc) kat jetty lumut murah sikit dari pulau pangkor itself, jadi kitorg pun borong buat oleh2 balik.adiosss…

Monday, May 17, 2010

Pulau Langkawi, Kedah

Pernahkan anda ke Langkawi?.. Percutian ke Langkawi kami yang ke2 selama 4hari 3Malam, menaiki penerbangan AirAsia. Alhamdulillah... memang seronok. Langkawi memang tak menghampakan. Kawasan kecik tapi tempat menarik banyak. Tempat-tempat nak pergi tu pun dekat-dekat aje.

Langkawi umumnya dikenali sebagai Jewel of Kedah, merupakan negara kepulauan dari 99 pulau-pulau di Laut Adaman. Ini merupakan sebahagian dari Negeri Kedah, yang berdekatan dengan sempadan Thailand lepas pantai darat Malaysia barat laut. Ini juga mempunyai warisan yang kaya dan banyak tarikan ‘pelik’ hehe.

Kepada yang tidak sabo nak berjalan, kiranya dalam satu hari boleh cover 2 atau 3 tempat. Bila penat, drive sikit aje dah sampai hotel.Jangan risau anda tidak akan sesat.Tempat tarikan utama ialah Underwater World, walaupun kecil berbanding KLCC Aquaria dan lain-lain aquarium yang pernah kitaorang pergi tetap ada daya tarikan terutama iaitu Penguin.

Naik Cable Car Sky Bridge dan naik bot menyusuri kuala Sungai Kilim agak berbeza dan seronok disamping Island Hooping dimana kami dibawa melawat 4 buah Pulau Lagenda disekitar Langkawi. seronok sekali. Tolehlah ke mana-mana pun, pemandangan cantik-cantik belaka."Breathtaking" la konon hehe…

Kali ni penginapan kami di Berjaya Beach & Spa Resort. layanan memang 1st class.bagi memudahkan perjalanan kami sewa kereta.Memenuhi aktiviti wajib diteruskan dengan bershooping.Langkawi memang terkenal dengan pulau bebas cukai terutama di Pekan Kuah. Disebelah malanya bersantai dan makan malam ala romantic dipantai Chenang yang ‘happening’ bersama pelancong2 yang tidak lokek senyuman. Keramahan masyarakat Langkawi juga memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Port Dickson, Negeri Sembilan


Last pergi PD tahun lepas.PD merupakan jiran kepada Negeri Melaka. Naik kereta hanya mengambil masa sejam lebih perjalanan melalui Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS). Waktu tu Company ada buat Family Day so memng meriah.Penginapan kami di The Lagend Water Chalet. Bilik dia memang cantik.Kepada pasangan yang nak Honeymoon tempat ni memang sesuai.

Jangan takut untuk mandi manda kerana kawasan pesisiran pantai Port Dickson (PD) agak terkenal sebagai destinasi percutian hujung minggu. Ramai warga kota yang bertandang ke sini setiap hujung minggu dn bila ada kelapangan.

Bagi mereka yang tidak tahu, nama Port Dickson (PD)ini sebenarnya diambil sempena nama seorang pegawai British Sir Joh Frederik Dickson pada 1889.
Ada juga yang mengatakan nama itu sebenarnya adalah nama seorang pegawai British yang menjaga pelabuhan British yang mengendalikan timah di Lukut (daerah Port Dickson) pada satu ketika dahulu.

Port Dickson terkenal kerana kawasan pantai, yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Terdapat juga tempat penginapan bagi mereka yang ingin bercuti di sini.
Antara pantai yang terkenal di sini ialah Teluk Kemang dan Teluk Biru (Blue Lagoon), selain terdapat kemudahan untuk sukan air dan aktiviti pantai.

Mereka yang ingin ke pantai, jangan lupa untuk membawa barangan penting seperti losyen pelindung cahaya matahari, tuala dan makanan.Terdapat beberapa jenis penginapan untuk para pengunjung ke bandar tepian pantai Port Dickson ini iaitu hotel bertaraf lima bintang sehingga penginapan bajet.

Saturday, May 15, 2010

Ke Cameron Highlands, Malaysia



Coretan Ke Cameron Highlands
Percutian ke Cameron ni saja buat kerja khayal hehe..Kami bertolak dari Melaka jam 1 pagi. Dari Persimpangan Nilai melalui KLIA,-IPOH, Singgah makan/rehat & tukar pemandu di hentian rehat Tapah. Maklumlah waktu2 begini mata sudah mulai mengantuk dan boleh membahayakan pemanduan(cewah).Ramai juga pemandu yang berhenti untuk berehat dan menjamu selera.

Jam menunjukkan pukul 4 pagi.Lebih kurang 1 jam, kami meneruskan perjalanan semula. Kami mengambil keputusan melalui Tol Simpang Pulai kerana jalan nya yang lebih besar dan selamat.
Pengunjung juga boleh ke sini dari Tapah, Perak selain Jalan dari Simpang Pulai. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.

Kami tiba di puncak (di hadapan Hotel Equtorial) jam 7pagi.Begitu nyaman sekali. (Sejuk Lembab) terasa kulit muka ni muda pulak hehe..Udaranya tidak seperti di Genting Higland yang sejuk kering. Pada ketinggian yang kami tak bape pasti nie suasana kedinginan sudah dapat di rasai. Dengan berseluar pendek, T-shift dan bersandal kami masih rasa ok lagi....huhu (padahal member dah menggigil hehe)

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba.Di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.

Hotel Equatorial (tempat kami menginap)
Equatorial Cameron Highlands adalah satu-satunya resort yang terletak di titik tertinggi bersebelahan dengan pasar sayur dan Kebun strawberry.

The Smokehouse Hotel & Restaurant
Rumah asap ini adalah salah satu “trademark’ popular di Cameron Highlands.

Makanan : Steamboat merupakan hidangan wajib kepada setiap pelancong yang datang ke sini kerana cuaca persekitaran yang sejuk serta sayuran-sayuran segar.

Pasar malam : Jumaat, Sabtu dan Ahad (4.30 petang dah ada)

Perrghh..besok pagi nya bila kami bangun pagi nak mandi...punya la sejukkk...apa lagi guna heater la..sampai rasa macam takde jer air panas dia...sejuk tahap macam kat switzerland la plak... apa lagi..terjah la..semua yang ada kat cameron nie.....tengok kuar wap jugak la kat mulut hahaha...Sebelah Hotel Equatorial tu ada ladang strawberi 'self-plucking' aku pun singgah jap la..yang paling best dapat makan JAGUNG REBUS kat paso..best2.

Jangan lupa singgah di Sungei Palas Tea Centre yang terletak di Ladang Boh Sungei Palas. Tempat ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9 pagi hingga jam 4.30 petang. Kunjungan kami ke sini memberi peluang mengetahui bagaimana teh diproses sebelum dipasarkan. Sebelum bertolak pulang, rakamkan memori indah untuk dibawa pulang nanti.
Ambillah masa berehat dengan suasana nyaman dan tenang.

Sekian….

Genting Highland, Malaysia


Coretan Ke Genting Highland

Pilihan boleh dibuat untuk membawa kenderaan sendiri mahupun kereta kabel sebagai kendaraan menuju Genting Highland. Di atas kereta kabel ini kita boleh menyaksikan hutan yang begitu menyamankan dapat dilihat di bawahnya yang cukup lebal. Kereta ini berada sekitar 90 meter dari permukaan tanah.


Kunjungan ke Genting Highlands ini merupakan kali yang ke3. Sebelum ini saya pernah ke lokasi sama kira-kira dua tahun yang lalu tapi sekadar ‘balik hari’. Kali ini persiapan kami ringkas, sekadar menyediakan 2 helai t-shirt untuk bermalam tanpa sebarang baju khas bagi memanaskan badan . Berdasarkan pengalaman lalu, saya yakin saya tidak memerlukan sebarang jaket tebal.


Kami telah membuat tempahan awal melalui promosi yang ditawarkan. Memang murah hanya RM 18 per bilik.Bilik-bilik hotel di sini tidak dilengkapi dengan penghawa dingin (air-cond.) bagaimanpun hawanya tetap juga sejuk hingga ke tulang. Selepas kira-kira dua jam berehat dalam bilik, kami, keluar semula untuk menuju ke Taman Tema Luar (outdoor theme park). Dengan bayaran masuk RM28 seorang (termasuk 30% diskaun kepada penghuni hotel) kami bebas memilih segala jenis permainan dengan percuma. Kepada meraka yang inginkan cabaran, pengunjung boleh mencuba Corkscrew (Rollercoaster), Flying Coaster ataupun Super Toboggan. Malah pengunjung juga boleh mencuba Space Shot kalau lebih berani.


Banyak permainan yang pernah saya cuba jadi memandangkan bulan ni MEGA SALE kami mengambil keputusan untuk SHOPPING.Memang terdapat perbezaan harga terutama bagi barangan berjenama dan paling ketara ialah keluaran lebih terkini berbanding dibawah.

Permainan (indoor) yang terdapat disini kebanyakannya merupakan permainan sekeluarga. Agak maembosankan, lembap dan semuanya dapat ditemui di Taman Tema Luar. Bagaimanapun, pengujung pasti tidak akan sunyi sekiranya sudi mengeluarkan sedikit wang untuk masuk ke tempat-tempat hiburan ringan yang disediakan. Banyak jenis hiburan yang boleh dipilih samada yang menyeramkan, mendebarkan mahupun yang menggembirakan.


Untuk pengunjung yang tidak pernah berpeluang merasai suasana salji di Eropah atau di Timur Asia, anda boleh rasakannya di Genting Highlands. Snow World memberikan anda pengalaman itu di dalam sebuah ruang tertutup bersuhu 6 dajah celsius dibawah paras beku. Nikmatilah pengalaman dimana anda akan berasa lebih sejuk dari ais. Anda juga boleh memilih untuk terbang di udara dengan bayaran RM12.00 seorang. Kepada pengunjung yang bukan beragama Islam, anda mendapat kelonggaran untuk berjudi di kasino yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara.


Sebagai panduan pada kepada mereka yang bercadang bercuti di Genting Highlands dan memilih First World Hotel, Theme Park Hotel, kadar sewa di sana bernilai RM150 per bilik. (kalau booking awal anda boleh dapat harga serendah RM 38.00 untuk dua orang termasuk sarapan pagi..berbaloi kan..) tetapi bagi keluarga yang mempunyai buget yang sederhana, harga makanan yang ditawarkan disini agak mahal sedikit memandangkan kawasan ini terletak ditempat tinggi.